Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Tuesday, August 27, 2013

Separuh tubuh penyanyi Noorshila Amin hangus terbakar

Separuh tubuh penyanyi Noorshila Amin hangus terbakarBerita gempar bagi peminat Noorshila Amin yang  hampir kesemua bahagian kiri tubuhnya hangus melecur selepas

terkena semburan api yang berpunca daripada kebocoran sebuah tong gas di kediaman anak sulungnya, Nurrul Admiena Norrizan di Kepong.

Menurut Noorshila, 49, kejadian itu berlaku kira-kira pada jam 2 petang Sabtu dan menyebabkan kesemua anggota kiri badannya termasuk wajah, tangan dan kaki hangus melecur.

“Ketika itu saya sibuk nak masak rendang bersempena dengan majlis rumah terbuka di rumah Admiena dan tidak sedar pula yang tong gas terbocor."


“Tiba-tiba sahaja ketika mahu mencapai barang masakan yang berdekatan dengan tong gas itu, api terus menyambar sehingga membuatkan muka dan badan saya melecur.”

Sejurus kejadian mengejut itu, Noorshila terus bergegas ke sebuah klinik di Selayang bagi mendapatkan rawatan lanjut dan terpaksa membatalkan undangan persembahan yang diadakan pada sebelah malam Sabtu.

Ketika penyanyi itu ditanya tentang keadaannya sekarang, Noorshila memberitahu masih lagi sukar untuk menggerakkan bibirnya namun mengambil sikap positif dengan melakukan aktiviti harian dan bercakap seperti biasa.

“Kalau nak ikutkan memang rasa sakit sangat terutama pada bahagian bibir dan wajah yang semakin tegang gara-gara melecur. Malah kening saya pun dah tidak ada."

“Apa-apapun saya menunggu wajah ini sembuh dahulu sebelum mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan saya yang merupakan seorang pakar kecantikan.”

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive