Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Friday, August 2, 2013

Respon Rohana Jalil isu gambar seksi Kilafairy

kilafairy seksiSelepas pelakon Kilafairy dikritik teruk peminat gara-gara memuatnaik sekeping gambar dirinya yang tidak memakai seluar di laman Instagram, ibu pelakon wanita ini telah

tampil membuat kenyataan yang berbentuk nasihat dan dorongan kepada dirinya.

Menurut Rohana Jalil, penyanyi berpengalaman era 80-an, beliau meminta anaknya menganggap isu berkenaan sebagai lumrah kehidupan sebagai anak seni.

"Sesuatu perkara yang diperkatakan orang adalah perkara biasa dalam bidang ini. Jika tiada gosip dan kontroversi bukanlah dunia artis namanya. Paling penting kena tenang dan jangan lari daripada tanggungjawab dan kena terima apa juga orang kata kerana tidak semua orang sukakan kita."

Dalam perkembangan sama, pengurus Kilafairy yang dikenali sebagai Jepun turut diminta memberikan kenyataannya namun beliau menolak untuk mengulas lebih lanjut berhubung kontroversi gambar itu kerana takut disalahertikan orang ramai.

"Saya bagi pihak Kilafairy merasakan tidak perlu untuk menjawab perihal video atau gambar kerana mulut orang memang kita tidak boleh tutup. Buat baik pun orang kata, buat jahat pun orang mengata. Jadi baik Kila diamkan sahaja

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive