Bagaikan satu fenomena biasa dewasa ini apabila daya tarikan untuk memaksa penonton ke panggung acapkali disogokkan dengan menampilkan wanita seksi dan mengghairahkan
.Terbaru melalui sebuah trailer awal yang dihidangkan oleh Syarikat Penerbit iaitu Business Leader Film Production (M) Sdn. Bhd melalui trailer Laga, menampilkan Marsha Milan Londoh dalam keadaan yang mengghairahkan, berkemban.
Filem yang menjalani pengambaran sekitar Taiping, Perak ini menampilkan Marsha sebagai pelakon utama dan turut disertai oleh Nasir Bilal Khan, Eman Manan dan beberapa nama besar yang lain.
Apakah impak awal dengan menjadikan watak Marsha sebagai simbol seks mampu memberi keuntungan yang maksima buat filem kedua hasil arahan pengarahnya iaitu Ismail Yaa’cob? Hal ini pasti menjadi satu cabaran yang hebat buat pengarah ini apatah lagi tiada nama-nama komersial di dalam filem arahannya kali ini.“Saya tahu penerimaan penonton terhadap filem tempatan kini semakin merosot dan situasi ini tidak boleh kita nafikan. Tapi bagi saya dan juga penerbit, kami sukakan cabaran seperti ini dan kami mempunyai keyakinan dan juga kepakaran untuk memastikan filem Laga ini akan diterima ramai,” ujar pengarahnya.
No comments:
Post a Comment