Pelakon jelita yang sedang meningkat naik namanya, Uqasha Senrose mengakui dia pernah diraba pengurus peribadinya
(PA) sendiri ketika sedang tidur. Kesal dengan perbuatan terkutuk individu tersebut, teraju utama filem Paku Pontianak ini lantas membuat keputusan memecat pengurus peribadinya itu serta merta.
Menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 21, dia sama sekali tidak menyangka bekas pengurusnya yang juga seorang pengkid itu tergamak mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepada individu berkenaan.
“Tak perlulah saya sebut namanya. Perkara tu berlaku ketika saya di set penggambaran drama Ratu Suhada, baru-baru ini. Ketika tu saya sedang tidur di dalam kereta. Ketika tu lah dia meraba saya. Tapi nasib baik lah saya cepat tersedar."
“Selepas kejadian tu saya terus pecat dia sebab saya memang tak selesa dengan dia. Sebenarnya saya baru saja kenal dia. Masa mula-mula kenal, dia okay saja. Jadi saya percaya dan terus ambil dia bekerja dengan saya. Lagipun sebelum ini dia punya pengalaman menguruskan beberapa artis lain.”
Enggan memperbesar-besarkan perkara tersebut, Uqasha tidak membuat lapoan polis berhubung hal itu, dipetik dari skynights Uqasha turut memberitahu sehingga kini dia masih belum mencari pengurus peribadinya yang baru kerana buat masa ini dia selesa menyerahkan segala urusan yang melibatkan aktiviti seninya kepada pihak pengurusan yang dinaungi iaitu MIG
No comments:
Post a Comment