Benar-benar anak durhaka seorang anak China boleh dikatakan anak durhaka kerana telah meninggalkan sang ibu dan membiarkan
orang yang melahirkannya tersebut dalam kandang babi. Sungguh ini sangat mengharukan dan durhaka, bagaimana boleh seorang anak dapat berlaku seperti itu kepada ibunya sendiri yang sudah tua.
Chen Shoutian, lelaki di Guanyun County, Wilayah Jiangsu, menjadi bualan di media sosial China lantaran dia sanggup membiarkan ibunya tinggal di kandang babi. Padahal, ibunya itu sangat tua, usianya sudah 100 tahun. Diberitakan Telegraph minggu, komen pedas terhadap Chen bermula dari sebuah tayangan di televisyen tempatan. Dalam tayangan itu, disebutkan bahawa ibunya yang tidak disebutkan namanya itu telah tinggal dua tahun bersama-sama babi-babi.
Ibu malang yang lahir pada masa runtuhnya Dinasti Qing ini menggunakan tumpukan jerami sebagai tempat tidurnya. Ibu lapan anak itu mengaku senang dan kerasan tinggal di kandang babi yang bau dan dikerumuni lalat. "Ia memang ingin tinggal di sini kerana katanya selesa," kata Chen berdalih. Kepada stesen televisyen tempatan tersebut, Chen mengatakan tidak ada ruangan lagi di rumah dia. Padahal, ada enam bilik di dalam rumahnya. "Saya sebenarnya tidak keberatan dia tinggal di sini," kata Chen.
"Apakah yang mengaku 'manusia' sanggup melakukan hal ini? Harusnya dia dapat merasakan hari-hari bahagia selepas 100 tahun bekerja keras," kata seorang pengguna Weibo. Seorang kerabat Chen yang berkunjung ke kandang babi itu mengaku tidak kuat. "Sangat bau, bau sekali sampai saya tidak masuk," kada Liu Zhanbing, cucu ibu tersebut.
Gu Yuqing, putri nenek malang ini mengaku sudah cuba meyakinkan ibundanya untuk hengkang dari kandang babi tersebut. Namun, dia sukar meyakinkannya kerana ibunya mengaku kerasan. "Banyak lalat dan nyamuk di musim panas dan ibu saya tinggal di situ. Sangat menyakitkan hati saya. Dia sangat tua, dan tinggal dengan babi! Bagaimana kami tidak sedih?" kata Gu.
No comments:
Post a Comment