Gosip cinta antara pelakon Neelofa dan Hans Isaac yang tersebar secara meluas di laman maya sebelum ini mungkin ada benarnya jika berdasarkan pengakuan terbaru
Neelofa menerusi Utusan Malaysia beberapa hari lepas.
Menurut pengacara rancangan MeletOp itu, dia mengakui telah menggunakan peluang beraya di Hari Lebaran baru-baru ini bagi memperkenalkan keluarganya kepada pelakon dan pengarah kacak, Hans Isaac.
Malah, pelakon jelita itu tanpa berselindung memberitahu yang Hans pernah mengunjungi sanak keluarganya di Kelantan dua tahun lepas walaupun hubungan mereka ketika itu hanya kawan dan tidak rapat seperti sekarang.
"Sewaktu Hari Raya Aidilfitri dua tahun lepas, Hans pernah datang beraya di rumah keluarga saya di Pasir Mas dan Kota Bahru, Kelantan yang mana itulah kali pertama kami beraya bersama."
"Saya mengenali Hans dua tahun lebih yang mana ketika itu kami belum dipertemukan berlakon bersama-sama dalam Lemak Kampung Santan yang menjalani penggambarannya selepas itu."
"Sebab itu, tidak timbul isu mengatakan kami baru kenal secara lebih rapat hanya selepas berlakon dalam filem ini semata-mata."
Nampaknya, pengakuan jujur Neelofa yang baru-baru ini dikritik hebat keranamemeluk lelaki bukan muhrim, menjelaskan kepada peminatnya tentang tahap keseriusan hubungan cinta dengan Hans Isaac.
No comments:
Post a Comment