Walaupun usia pelakon Zarina Zainuddin sudah mencecah 43 tahun,tapi..
ibu kepada empat orang anak itu masih kekal cantik, langsing dan menawan.
Bertemu dengan Zarina pada majlis rumah terbuka program Wanita Hari Ini di Restoran 10Binjai di PNB Darby Park, Kuala Lumpur baru-baru ini, dia yang mengenakan baju kurung berwarna merah jambu menceritakan kisah pernah dipukul penjual sayur gara-gara watak jahat dalam drama Teduhan Kasih.
"Ada yang suka dan ada yang tidak suka. Tetapi paling teruk, saya kena pukul dengan seorang peniaga sayur di pasar. Dia pukul bahu saya bertubi-tubi dan kata saya jahat. Tetapi saya tidak marahkan peniaga itu dan menganggap ia reaksi spontannya impak menonton lakonan saya dalam drama Teduhan Kasih."
No comments:
Post a Comment