Seorang gadis berusia 25 tahun ditemui mati di tepi jalan bandar Jeddah selepas dipercayai dirogol dan dibunuh oleh Putera Arab Saudi.
Kejadian mengerikan itu disahkan sendiri oleh polis Jeddah pada 2 Jun lalu dan merupakan rentetan kepada skandal rasuah yang berleluasa di kalangan kerabat diraja Saudi.
Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, dia memberitahu sedang berjalan-jalan di sekitar pekan Samer, Jeddah sebelum melihat sebuah kereta berhenti di tepi jalan dan mencampakkan mayat seorang gadis yang dibungkus dengan kain hitam.
Dia kemudiannya terus menghubungi pihak polis. Gadis berkenaan disahkan meninggal dunia. Hasil siasatan berdasarkan no plate kereta JMC, kereta terbabit milik putera Arab Saudi iaitu Khalid bin Sa’ad bin Abdul Aziz al-Saud.
No comments:
Post a Comment