Wednesday, July 3, 2013

Nabila Huda Mengaku Hidup Lebih Senang Tanpa Kekasih

993ce__nabilaPelakon Nabila Huda mengakui lebih gembira menjalani kehidupan secara bersendiri

berbanding jika mempunyai kekasih.

Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 29, berkata dia lebih selesa menjalinkan hubungandengan mana-mana lelaki atas dasar persahabatan daripada melibatkan hati dan perasaan.

Saya tidak mahu apa-apa daripada cinta lelaki, buat masa ini saya hanya mahu mencintai diri saya, anak dan kerjaya sahaja.

“Bagi saya lebih baik berkawan daripada menjalani hubungan cinta kerana saya percaya cinta hanya akan merosakkan persahabatan,” katanya ketika ditemui pada tayangan akhir drama Teduhan Kasih, di Rasta, Taman Tun Dr Ismail di sini, malam Selasa.

Nabila berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungan cintanya yang baharu sahaja putus dengan pelakon Nas T atau nama sebenar Muammar Zar Nasruddin awal bulan lalu.

Tambah Nabila, dia lebih bahagia menjalani hubungan sebagai teman baik berbanding menjadi kekasih kepada pelakon lelaki tersebut.

“Saya dan Nas T berkawan sejak kecil dan saya sangat senang menjalani kehidupan sebagai kawan berbanding kekasihnya.

“Bila beberapa bulan ini kami jadi kekasih rasa sangat pelik dan saya tidak boleh berkelakuan ‘gila-gila’ seperti waktu kami berkawan.

“Pada saya, hubungan sebagai kawan lebih menggembirakan, saya rindu saat-saat itu dan oleh itu juga kami mengambil keputusan untuk kembali menjadi kawan semula,” katanya.

Nabila Huda dan NasT

Sementara itu, Nabila yang sering dihimpit pelbagai kontroversi mengakui kejayaan drama-drama lakonannya sedikit sebanyak menutup kisah peribadi yang sering dikatakan bermasalah.

“Alhamdulillah saya sudah buktikan kepada masyarakat bahawa saya berada dalam industri ini bukan kerana hanya dikenali dengan masalah peribadi sahaja.

“Saya buktikan pada mereka dan keluarga saya bahawa saya benar-benar ada bakat dan untuk sampai ke tahap ini bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang reaksi bapanya penyanyi terkenal Amy (Search) terhadap kontroversi yang sering melandanya, Nabila berkata mereka sering berbincang tentang perkara tertentu apabila bertemu.

“Setiap bulan kami sekeluarga ada perjumpaan dan di situlah kami berbincang tentang banyak perkara tapi kebiasaannya papa tidak banyak tahu tentang saya.

“Saya lebih suka simpan sahaja sendiri apa-apa masalah atau apa juga yang saya lalui kecuali ia betul- betul perlu dikongsi,

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive