Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Thursday, July 11, 2013

“Hubungan Saya dan Ibu Sudah OK” – Afiq Muiz

ohartis-afiq-muiz-berdamai-ibu-2Selepas kontroversi melibatkan pelakon Afiq Muiz dan ibu tersebar, terlalu banyak

kenyataan balas antara mereka berdua. Sehingga Afiq di gelar anak derhaka kerana sengketa yang tiada kesudahan.

Kini Afiq memberitahu kepada media bahawa hubungannya dengan ibu sudah kembali seperti sedia kala. Namun, Afiq tidak mahu memberi kenyataan dengan lebih lanjut kerana bimbang apa yang dikeluarkan olehnya ditokok tambah seterusnya boleh memburukkan keadaan.

“Saya tidak mahu komen apa-apa. Hubungan kami (saya dan ibu) sudah OK. Saya rasa media tidak perlu tahu kerana ia membabitkan soal peribadi. Saya tidak mahu berkongsi apa-apa lagi dengan media. Cukuplah dengan apa yang sudah berlaku sebelum ini.

“Tidak guna saya beriya iya menegakkan kebenaran, kelak diri saya juga yang dipersalahkan. Lagi pun, kenyataan saya selama ini sering ditokok tambah dan seterusnya saya yang menjadi bahan fitnah.” jelas Afiq Muiz.

Afiq juga menafikan gosip cinta antaranya dengan pelakon Eina Azman kerana dilihat berpimpin tangan keluar bersama di Bangsar dan menegaskan dia hanya berkawan baik dengan pelakon wanita tinggi lampai itu tanpa hubungan istimewa.

ohartis-afiq-muiz-berdamai-ibu-1

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive