Seperti yang kita tahu, status rumahtangga pasangan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan masih lagi
belum menemui kata putus kerana
masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah. Biarpun, mempunyai masalah dalam rumahtangga, Rita kini dilihat semakin giat dengan perniagaan product kecantikan RS Collagen dan tetap menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan selebriti.
“Allhamdulillah saya bahagia walaupun belum solo lagi”, selorohnya.
“Kes mahkamah masih tak selesai lagi. Tapi saya tak fikir sangat hal itu sebab lebih baik saya fokus pada anak. Kalau ikutkan hati memang rasa marah sebab dah berlarutan lama. Tapi bila saya fikir kembali, jodoh itu bukan di tangan sesiapa hanya di tangan Allah. Kalau jodoh saya dengan dia (Aidil Zafuan) kuat, saya redha.” jelas Rita.
Tambah Rita lagi sejak berlaku konflik antara mereka suami isteri, Rita tidak pernah menghalang Aidil dari berjumpa anak-anak. Namun demikian Rita sedikit kesal dengan sikap Aidil yang selalu berjanji kepada Rayyan dan Arjuna mahu meluangkan masa mereka tetapi Aidil memungkiri janji di saat-saat akhir.
Kes penceraian Rita dan Aidil akan naik semula ke mahkamah pada 17 Julai ini.
No comments:
Post a Comment