Gambar paling comel Elfira Loy, pelakon dan pengacara wanita yang
semakin meningkat naik di Malaysia. Ini terbukti apabila pengarah terkenal, Micheal Ang telah memberinya peluang untuk membawakan watak remaja dan bukan lagi kanak-kanak khususnya menerusi telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang dan drama bersiri, Dalam Hati Ada Taman. Bagi Elfira, jika sebelum ini umum hanya mengenalinya sebagai pelakon kanak-kanak tetapi tahun 2012 merupakan tahun cemerlang bagi pelakon berusia 18 tahun itu. - Kosmo
Menerusi kepercayaan yang diberikan oleh pengarah Micheal Ang dan juga bakat lakonannya yang bersahaja dalam drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang serta Dalam Hati Ada Taman di samping Randy Pangalila, nama Elfira serta-merta melonjak naik termometer industri hiburan tanah air. Terbaharu, Elfira bakal berlakon di sisi pelakon popular sinetron Benci Bilang Cinta, Baim Wong pula menerusi telefilem Untuk Terakhir Kali. Kini, dia tidak lagi digelar pelakon kanak-kanak sebaliknya bergelar heroin drama.
No comments:
Post a Comment