Friday, July 5, 2013

Bayi Makan Bawang Seperti Kunyah Epal!

Di Rusia, seorang bayi selamba mengunyah bawang seperti makan epal.
Rakaman yang menjadi viral ini dimuat turun bapa bayi ini, Dmytro Kulagin.
Dapat dilihat dalam rakaman, anaknya itu mengalami pedih mata dan berasa pedas di lidah namun tetap tidak melepaskan bawang di tangannya. Malah kunyahan diteruskan seolah-olah bawang itu sungguh rangup dan lazat.
Walau pun dikritik oleh sesetengah penonton, Dmytro berkata, dia tidak pernah memaksa anaknya yang berusia 1 setengah tahun itu memakan bawang semata-mata mahu merakamkannya. Malah ia dianggap lebih baik daripada sesetengah ibu bapa yang memberikan minuman berkarbonat kepada anak kecil mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive