Sunday, July 21, 2013

Ashraf Muslim Tarik Diri Jadi Panel Forum Pada Saat Akhir

ashrafPelakon Ashraf Muslim, 36, telah menarik diri pada saat akhir daripada menjadi panel jemputan bagi forum Bicara Cinta Anak Muda,

Bersihkan Hati Sucikan Jiwa di perkarangan Busana Mall Mara, Sabtu.

Keadaan itu telah membuatkan Ashraf dilihat seperti cuba untuk melarikan diri daripada pihak media bagi menjawab persoalan mengenai kontroversi dia berkahwin lagi.

Menurut editor majalah tersebut, Sarina Mohd Som, sudah dua minggu lalu Ashraf diundang sebagai salah seorang panel jemputan dan dia telah bersetuju untuk memberikan kerjasama. Namun apabila ingin mengesahkan kehadiran Ashraf pada Jumaat lalu, pelakon itu gagal dihubungi.

"Pada mulanya Ashraf telah bersetuju menyertai forum yang dianjurkan. Kemudian pada Jumaat lalu ketika ingin mendapatkan pengesahannya untuk hadir ke forum ini dia langsung tidak menjawab panggilan.

"Sehinggalah pada hari ini (Sabtu), kira-kira pukul 2.30 petang sebelum forum bermula, barulah dia menjawab panggilan kami dan berkata dia tidak dapat hadir kerana demam," katanya yang ditemui selepas acara forum tersebut.

Selain Ashraf, moderator, Amin Idris, Sham (Kamikaze) dan Ustaz Iqbal Abdullah merupakan barisan panel forum anjuran majalah i dengan kerjasama oleh Bank Muamalat.

Acara forum tersebut berlangsung pada pukul 3 petang.

Pada Rabu lalu, Ashraf yang juga merupakan pengamal perubatan Islam mencetuskan kontroversi apabila dia mengaku telah berkahwin buat kali kedua dengan seorang bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Bangkok, Thailand pada 7 Julai lalu.

Perkahwinan itu dibuat tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26. Dan ia telah menimbulkan kemarahan bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, yang kecewa dengan tindakan pelakon itu membohongi ahli keluarga termasuk isterinya.

Beritahu Sarina, penarikan diri di saat akhir juga sudah dijangka dan pihaknya faham dengan situasi Ashraf yang mungkin belum bersedia tampil di khalayak.

"Sebenarnya Ashraf seorang yang begitu komited dengan kerjanya dan tidak pernah membuat sebarang masalah. Cuma ini merupakan kali pertama dia diajak untuk bekerjasama dengan kami menerusi forum ini.

"Tak sangka pula kontroversi seperti ini pula tercetus. Jadi, kami faham dengan situasinya. Meskipun dia tidak dapat hadir hari ini, tetapi kami akan tetap memanggilnya untuk penganjuran forum yang akan datang," ujarnya.

Sementara itu, ketika Ashraf cuba dihubungi bagi mendapatkan penjelasannya pula, pelakon itu gagal dihubungi.

Ashraf dan Noor Dayana bernikah pada 30 Ogos 2011 bersamaan dengan 1 Syawal di Mekah

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive