Sunday, July 21, 2013

Ashraf Muslim Tarik Diri Jadi Panel Forum Pada Saat Akhir

 

Aaron Aziz beri amaran isu kritik tiga anaknyaUmum mengetahui pelakon terkenal, Aaron Aziz telah melenting dan mengamuk di laman Instagram miliknya selepas segelintir peminat melemparkan komen kritikan terhadap sekeping gambar tiga anaknya yang

dimuatnaik beberapa hari lepas.
Ketika ditemui di majlis pelancaran Buku Poster Super Hot Aaron Aziz anjuran Media Hiburan
yang berlangsung di Shaftsbury Square, Cyberjaya, Aaron sempat memberikan respon berkenaan perkara tersebut.
"Macam inilah, umpama kita melihat anak harimau yang comel, jika dikacau tentulah ibu harimau akan menggigit juga. Masyarakat boleh bercakap mengenai diri saya, tapi jangan sentuh hal anak-anak saya. Saya pantang jika hal-hal yang melibatkan keluarga terutamanya anak-anak."
Selain itu, pelakon yang popular menerusi drama Nora Elena dan Adam & Hawa ini juga menganggap melalui laman-laman media sosial masyarakat, sesuatu isu itu boleh diputarbelitkan maksud yang sebenarnya ingin disampaikan.
“Satu perkara mengenai laman-laman media sosial ini ialah ia boleh menyebabkan orang salah faham sehingga pernah timbul isu cerai melalui laman sosial itu sendiri. Setiap orang mempunyai interpretasi yang berbeza, jadi terpulang kepada orang ramai untuk membuat terjemahan tersendiri."

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive