Monday, July 8, 2013

Tiga atlet lelaki SUKMA cabul rakan sepasukan

dakwa dicabulTiga atlet lelaki bola baling, berumur antara 18 dan 19 tahun telah ditahan berhubung kes cabul rakan sepasukan

daripada skuad wanita beberapa hari lepas.
Ketiga-tiga remaja itu ditahan sehari selepas mangsa membuat laporan polis pada Rabu. Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Lam Chin Fei berkata, ketiga-tiga remaja lelaki itu ditahan reman sehingga 11 Julai ini bagi membantu siasatan.
"Kami mengklasifikasikannya mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mencabul. Mereka boleh berhadapan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan."
Gadis itu yang berumur 19 tahun, yang mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (Sukma), mendakwa dia diperkosa di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 3 Julai. Gadis itu mendakwa telah keluar minum dengan beberapa rakan sepasukan pada malam dia didakwa diperkosa.
Perkara seterusnya yang disedarinya apabila dia berbogel dan ditindih oleh seorang lelaki pada kira-kira jam 4 pagi. Dia mendakwa dirinya berada dalam keadaan separuh sedar apabila ketiga-tiga remaja itu memperkosanya secara bergilir.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive