Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Friday, July 12, 2013

Teruja lihat beruk pakai skirt petik kelapa

Teruja lihat beruk pakai skirt petik kelapaKAYU KELAT – Pertandingan Beruk Memetik Kelapa antara acara yang mendapat perhatian dalam program Temasya Sukan

Keluarga Kampung Kayu Kelat, Hulu Besut di sini semalam.
Pertandingan membabitkan penyertaan kira-kira 10 ekor beruk dari kampung sekitar itu berjaya menggamit kehadiran pengunjung.
Rata-rata orang ramai terhibur melihat telatah beruk tersebut apabila setiap ia dipakaikan skirt (seluar) sebelum pertandingan memetik kelapa dimulakan.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kayu Kelat, Ismail Sulaiman berkata, ada beruk yang berdiam diri ketika tuannya memakaikan seluar malah tidak kurang juga yang meronta-ronta.
Menurutnya, telatah beruk jantan yang tidak reti duduk diam apabila melihat beruk betina yang turut sama menyertai pertandingan mencuit hati orang ramai.
“Alhamdulillah program berlangsung meriah dengan pelbagai acara sukan rakyat lain membabitkan penduduk kampung pada semua peringkat umur,” katanya dalam program yang dirasmikan Pegawai Daerah Besut, Ab Rahim Jusoh dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Besut, Nawi Mohamad.
Ismail berkata, pertandingan beruk memetik kelapa mungkin akan dijadikan sukan rakyat tahunan bagi memupuk rasa sayang manusia kepada haiwan seperti beruk

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive