Wednesday, July 10, 2013

Seniman gagal, Rita Rudaini disaman RM100,000

rita rudaini disaman (1)Usaha pihak Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) untuk mendamaikan hubungan antara pelakon Rita Rudaini dan sebuah syarikat produksi baru menemui kegagalan apabila

produksi berkenaan tetap dengan pendirian mereka untuk menyaman Rita.
Tindakan saman ini dikenakan ke atas Rita setelah aktres cantik itu melanggar kontrak perjanjian dengan meninggalkan lokasi penggambaran sebuah drama episod yang dijangka tamat bulan ini.
Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Undang-Undang SENIMAN, Zahrin Ishak, pihak produksi itu tetap juga mahu menyaman Rita dengan tuntutan ganti rugi sebanyak RM100,000 walaupun pelbagai usaha telah dilakukan pihak SENIMAN untuk mendamaikan kedua-dua pihak.
Terdahulu pada penghujung April lalu, Rita telah mengadu masalahnya kepada SENIMAN apabila diminta oleh sebuah produksi untuk membayar gantirugi RM100,000 selepas dia menarik diri daripada penggambaran drama episod yang dijangka tamat bulan ini, murai.
Menurut Rita, sebelum membuat keputusan tersebut, dia terlebih dulu telah mengadakan perbincangan bersama produksi itu selain menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap cara kerja yang dipamerkan mereka.
Sebaliknya dia pula diugut untuk meminta gantirugi jika dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada meneruskan penggambaran.
Ini menyebabkan Rita membuat aduan kepada pihak SENIMAN namun pertemuan yang diatur oleh pihak SENIMAN terhadap kedua-dua pihak tidak menunjukkan perkembangan positif apabila ia hanya dihadiri pelakon itu sahaja.
"Pihak produksi tidak hadir pertemuan lalu dan mereka menyatakan hasrat untuk tetap menyaman Rita. SENIMAN sudah berusaha sebaik mungkin membantu Rita, namun gagal. Kini terpulang kepada dia untuk mengambil peguam sendiri atau mendapatkan peguam SENIMAN."

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive