Thursday, July 4, 2013

“Saya Juga Sukakan Penjaga Gol Malaysia” – Nikita Willy

Nikita Willy suka penjaga gol malaysiaOHBULAN! sempat menemui Nikita Willy ketika sidang akhbar pelancaran album singlenya bertempat di Tropicana City Mall

“Seperti yang kamu tahu, saya mula berlakon dari kecil lagi dan mula menyanyi sejak setahun lalu. Saya mahu cuba benda yang baru dan masih lagi belajar untuk menyanyi,” ujar Nikita Willy memulakan perbualan.

Tambah Nikita lagi, “Lagu saya pun sudah dijadikan lagu tema untuk beberapa siri sinetron yang sedang bermain di TV Indonesia sekarang.”

Penyanyi comel berumur 17 tahun ini juga berharap bahawa peminat di Malaysia akan memberikan sambutan yang hangat terhadap singlenya yang baru saja dilancarkan di Malaysia.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia, Nikita Willy turut meluahkan perasaan gembiranya kepada OHBULAN! mengenai suasana di Malaysia yang tenang.

“Saya suka orang disini, gaya mereka bercakap dan macam-macam lagi. Saya juga sukakan nasi lemak – semalam saya makan nasi lemak 2 kali di tempat yang berbeza,” ujar Nikita sambil ketawa.

Nikita Willy turut menafikan gosipnya bersama pemain bola, Diego Michiels yang sedang melanda dirinya di Indonesia baru-baru ini.

“Kami hanya berkawan dan saya cuma mengambil gambar bersama Diego, mengenai gosip hubungan kami, itu cuma khabar angin semata-mata,” jelas anak sulung dari 2 beradik ini.

Tidak berperasaan negatif, Nikita turut memberitahu OHBULAN! mengenai pandangannya terhadap pemain bola Malaysia.

“Saya suka cara mereka bermain, pemain bola Malaysia bagus mainannya. Saya juga sukakan penjaga gol Malaysia (Khairul Fahmi) walaupun saya tidak mengenalinya,” seloroh Nikita mengakhiri perbualan bersama OHBULAN!.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive