Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Tuesday, July 9, 2013

Restoran Talha Harith Ditutup Kerana Khianat

Talha-HarithPelakon Talha Harith yang mengusahakan restoran Port Bistro mengakui terpaksa menutup perniagaannya itu ekoran dikhianati

seorang individu.

Bagaimanapun, Talha, 23, berkata, penutupan itu hanyalah sementara bagi mencari lokasi restoran yang baharu.

“Ya restoran saya tutup sementara sejak awal bulan lalu kerana masih mencari tempat baru, dah jumpa tempat tapi lokasi pula tidak strategik.

“Saya malas nak cerita fasal kenapa ia ditutup cuma apa yang saya katakan ia adalah kerana seorang hamba Allah yang dengki dengan saya. Saya pun malas nak kecoh-kecoh pasal perkara ini,” katanya kepada mStar Online, di sini, Ahad.

Talha berkata, restoran yang berkonsepkan kafe bistro ini dibuka sejak Oktober tahun lalu di Jalan Genting Kelang, Setapak dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Saya jalankan operasi restoran ini hampir setahun, saya ada kawan yang bertindak membantu dalam segala hal operasi restoran ini.

“Ini kerana saya banyak fokus pada bidang lakonan dan kalau ada kelapangan atau selepas shooting barulah saya ada di kedai,” katanya.

Tambahnya, ia menganggap perkara tersebut merupakan ujian dan risiko dalam menjalankan sebuah perniagaan.

“Yang tutup adalah restoran Port Bistro tapi saya masih ada lagi tiga cawangan yang berkonsepkan gerai masih beroperasi di sekitar Taman Dagang dan Bandar Baru Ampang.

“InsyaAllah saya yakin dalam masa terdekat restoran tersebut akan beroperasi semula,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Talha sedang menjalani penggambaran drama Menjinak Ombak untuk slot Zehra di TV3.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive