Tuesday, July 9, 2013

Raja Azmi Bakal Bertunang 15 Julai

raja azmiiiiiPETALING JAYA: Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman mengesahkan bakal mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya,

Mohd Eddie Ghazali pada 15 Julai ini.

Menurut laporan Kosmo! pada Selasa, Raja Azmi, 54, akan mengadakan acara pertunangan itu di kediamannya di Ampang kira-kira pukul 6 petang dan diikuti solat Maghrib berjemaan serta majlis berbuka puasa.

Tambahnya lagi, desakan daripada anak-anaknya yang mahu melihat hubungannya dengan Eddie mempunyai ikatan yang lebih kuat membuatkan dia mengambil keputusan untuk bertunang.

"Pada usia saya sekarang ini, sudah tentu tidak sesuai untuk bertunang tetapi menerusi perbincangan bersama anak-anak, mereka mendesak saya supaya ada ikatan yang lebih kuat antara saya dan Eddie.

"Tujuan mereka mendesak saya bertunang kerana mahu melihat sejauh mana Eddie serius dengan saya. Apabila saya menyatakan perkara ini kepada Eddie, akhirnya dia bersetuju untuk masuk meminang," ujarnya.

Raja Azmi swbelum ini pernah berkahwin dengan bekas jaguh badminton negara iaitu Jailani Sidek sebelum bercerai talak satu pada 27 Jun tahun lalu di Mahkmah Syariah Rendah Gombak Timur selepas 28 tahun berumah tangga.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive