Nampaknya, isu perbalahan antara Shah Jaszle dan keluarga Puteri Redzwani semakin rumit sejak pertunangan mereka putus 10 Jun lalu. Lebih menarik
, hubungan cinta Shah Jaszle dan Puteri masih lagi kuat dan tidak pernah pudar walaupun tanpa restu keluarga.
Menurut Shah Jaszle, beliau masih tetap mencintai Puteri dan mereka masih lagi bercinta. Jadi, jika keluarga Puteri terus menghalang perhubungan mereka berdua, pelakon Jaszle dan Puteri bertekad untuk kahwin lari kerana percaya itulah ketentuan jodoh untuk mereka.
“Apa masalahnya jika saya kahwin lari! Saya akan terus pujuk keluarga Puteri terima saya. Kahwin lari adalah pilihan terakhir walaupun saya tidak mahu perkara itu terjadi. Tapi jika itu (kahwin lari) ketentuan jodoh kami, nak buat macam mana? Saya benar-benar tertekan, tapi kerja perlu diteruskan.”
Shah Jaszle juga mengakui, sejak insiden dia ditangkap khalwat enam minggu lepas, Puteri semakin kerap menemaninya di set penggambaran jika ada kelapangan, tidak pula timbul soal Puteri ponteng kuliah.
Sementara itu, keluarga Puteri pula terang-terang menolak Shah Jaszle untuk dijadikan menantu bagi keluarga mereka sehinggakan tidak larat untuk menasihati Puteri dan memberitahu akan mengurung Puteri sebagai langkah terakhir jika dia terus berdegil untuk berjumpa dengan Shah Jaszle.
No comments:
Post a Comment