Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Friday, July 5, 2013

PERKOSA JANDA, PENGHULU DIBELASAH ANAK BUAH

Cabul2BACHOK – Gara-gara gila seks, seorang Penghulu di sebuah mukim *** di sini menerima padah

apabila dibelasah teruk oleh penduduk kampung ketika cuba merogol seorang wanita berstatus janda di kawasan semak di kampung berkenaan minggu lalu.
Akibat daripada itu penghulu terbabit mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badannya.
Menurut penduduk kampung yang dikenali Mohamad Sidek, sikap liar penghulu berkenaan terhadap mangsa itu sememangnya telah lama mendapat perhatian penduduk kampung dan menunggu masa untuk bertindak.
Katanya, kerakusan itu berlaku selepas penghulu berkenaan dikatakan mengekori mangsa semasa menunggang motosikal secara bersendirian di sebuah jalan di kawasan kampung berkenaan.
“Ketika kejadian mangsa seorang diri menunggang motosikal. Penghulu terbabit mengekorinya sehingga ke kawasan laluan hutan kecil. Disitulah penghulu berkenaan cuba melakukan perbuatan terkutuk itu kepada mangsa.
“Mangsa bernasib baik kerana ada saudara maranya terlihat kejadian itu dan mengekori kereta yang dipandu penghulu terbabit,” katanya kepada DetikPerubahan.com ketika ditemui di sini.
Mohamad Sidek berkata, keluarga mangsa hilang sabar dengan perangai syaitan penghulu itu lalu membelasahnya sebelum dileraikan oleh penduduk kampung.
Sebelum ini, portal ini pernah menyiarkan kisah seorang wakil rakyat dari kawasan Parlimen Bachok yang sudah lanjut usianya tetapi masih ‘miang’ bercinta dengan seorang guru.
Ekoran daripada itu menyebabkan rumah tangga guru terbabit musnah selepas dikesan suaminya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive