Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Friday, July 12, 2013

Irma Hasmie Mahu Bawa Anak Solat Tarawih

Irma-HasmiePelakon Irma Hasmie menyatakan hasratnya mahu membawa bersama-sama anak sulungnya

, Redza Syah Irfhan ke masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawikh.

“Saya mahu cuba bawa Irfhan pergi masjid. Kalau dia tak menangis di masjid, saya akan bawa dia selalu.

“Dari segi masa, baby memang ok sebab dia bangun sekitar jam 7 pagi dan tidur dalam jam 10 malam,” katanya memetik laporan Ohbulan.

Pelakon yang manis berhijab ini selamat melahirkan cahaya mata sulungnya itu pada 29 Mac lalu menerusi kaedah pembedahan.

Dalam perkembangan lain, aktres ini juga akan kembali mewarnai industri lakonan tempatan selepas anaknya membesar sedikit disebabkan anaknya masih lagi menyusu badan.

“Irfhan menyusu badan jadi saya memang tak boleh tinggalkan dia lama-lama. Sebab tu juga saya tak ambil tawaran berlakon buat masa ni. Sebab nanti kalau dah sibuk di set penggambaran memang susah.

“Lagipun Irfhan kecil lagi, tunggulah dia besar sikit. InsyaAllah kalau ada tawaran berlakon pada masa akan datang, saya akan pertimbangkan,” ujar isteri kepada ahli perniagaan, Redza Syah Azmeer ini lagi.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive