Thursday, July 4, 2013

Elfira Loy Nafi Bercinta Dengan Baim Wong, Pengakuan Baim Hanya Gimik Telefilem

474dcf42dbd511e2b74e22000a9e07d7_7Baru-baru ini agak kecoh juga dunia Internet bila pelakon popular Indonesia, Baim Wong

mengakui dirinya bercinta dengan Elfira Loy melalui program MeleTOP.
Dalam program itu, Neelofa telah bertanya kepada Baim Wong tentang apa yang istimewa tentang telefilem ‘Untuk Terakhir Kali’ yang dilakonkan dengan Elfira Loy, dan dan ia dijawab dengan mudah oleh Baim–kerana Elfira.

Memang benar bercinta.

Itu ialah jawapan Baim bila ditanya oleh Neelofa dan Nabil tentang hubungannya dengan Elfira Loy, dan dia turut menunjukkan SMS dengan Elfira Loy untuk membuktikan percintaan mereka.

baim_wong_3_kl

Hari ini melalui Utusan Malaysia, Elfira telah menerangkan mereka sebenarnya tidak bercinta, sebaliknya apa yang dilakukan oleh Baim ialah sekadar gimik untuk telefilem tersebut:-

Saya masih lagi belum berpunya. Sebenarnya bila difikirkan semula, setiap kali saya berlakon dengan pelakon lelaki, pasti saya akan digosipkan bercinta bersama.

Antaranya yang pernah dikaitkan bercinta dengan saya adalah Randy Pangalela, Zizan Razak dan juga Zoey Rahman.

Walaupun ada peminat Elfira yang bersorak tentang perkhabaran ini, nampaknya terpaksa menerima hakikat yang ianya tidak berlaku. Tak apalah, mula-mula gimik. Manalah tahu kalau nanti betul terjadi pula?

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive