Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Monday, July 1, 2013

Elfira Loy mengaku cintakan Baim Wong

Elfira Loy dan Baim WongSelepas pengakuan mengejut Baim Wong menerusi rancangan MeleTOP beberapa hari lalu, gosip percintaan antaraElfira Loy dan Baim Wong kini menjadi bualan hangat

di kalangan peminat di pelusuk Malaysia dan Indonesia.

Terbaru, wartawan kosmo sempat menemubual pelakon comel, Elfira Loyberkenaan reaksinya terhadap pengakuan mengejut Baim Wong itu. Ternyata, Elfira seorang gadis yang suka berterus-terang dan beliau memberikan jawapan tanpa berselindung dan jujur.

"Sebenarnya, saya tidak tahu bagaimana hendak komen tentang perkara itu. Saya memang berkawan baik dengan Baim. Saya terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja termasuklah Baim. Dengan Baim, saya okey tetapi. selama berkawan sejak dua tahun lepas, hubungan dan perbualan kami tidak ke arah kekasih atau saling mengucapkan cinta serta sayang."


"Apabila Baim tiba-tiba membuat pengakuan depan khayalak, lebih-lebih lagi dalam program TV yang disiarkan secara langsung, saya jadi tergamam, terkejut dan tidak lena tidur semalaman. Kalau betul apa yang dikatakan oleh Baim itu, saya sebenarnya okey. Saya agak pelik tetapi mengambilnya secara positif. Dengan saya, dia (Baim) tak pernah pula cakap sayang-sayang tetapi dia bercakap konon-kononnya kami bercinta depan khalayak umum. Saya berasa itu merupakan satu penghargaan."

"Namun mengenali Baim yang suka berjenaka dan selepas program berkenaan, dia tidak pula menjelaskan apa-apa terhadap saya. Jadi, saya anggap itu hanya gurauan sahaja. Kami juga ada sesi fotografi bersama sebuah majalah sebelum Baim berangkat pulang."

Elfira turut bercerita tentang perkenalannya dengan pelakon Benci Bilang Cinta dan Sejuta Cinta Marshanda itu.
"Saya meminati Baim. Saya menjadi pengikutnya dengan harapan dia juga menjadi pengikut saya di laman sosial berkenaan. Dari situlah kami mula berhubungan."

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive