Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Thursday, July 11, 2013

ARTIS WANITA DICEKUP KERANA TIDAK PUASA

artis tidak puasaKesucian 1 Ramadan yang sepatutnya dihormati, dicemari dua wanita Islam termasuk seorang pelakon drama apabila dicekup

bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan apabila wajahnya dirakam.
Difahamkan, kedua-dua wanita
itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit.
Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ),
Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan, pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker itu, petang semalam.
Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang turut menawarkan aktiviti perjudian itu tidak mempunyai lesen sah daripada MPSJ.
menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung.
pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive