PELAWAK, Amir (Raja Lawak) mengakui tidak pernah berkecil hati apabila sering diberikan watak lelaki yang dibuli.
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 24, berkata, walaupun pada dasarnya dia sering ‘dibuli’ sejak menyertai program Raja Lawak musim ketiga, namun dia menganggap itu semua adalah rezeki.
“Sejak keluar dari rancangan Raja Lawak, saya hanya menerima watak-watak lelaki yang dibuli sahaja, tak tahu kenapa?
“Mungkin kerana tubuh saya yang kecil selain saya seorang yang tidak kisah dengan gurauan. Mungkin sebab itu saya sering menerima watak sedemikian. Tetapi ia bukan masalah buat saya,” katanya.
Tambah Amir, dia yakin pihak penerbit memilihnya dalam sesebuah watak itu berdasarkan imej dan perwatakannya yang sebenar dan ia sedikit sebanyak memudahkan dia untuk berlakon.
Sementara itu, lakonan Amir kini dapat disaksikan menerusi drama Balqis yang sudah pun ditayangkan sejak 3 Jun lalu di TV2.
Menariknya, kata Amir, kali ini dia membawakan watak jahat sebagai Soid dan gembira apabila pengarahnya, Noraziah Zakaria dan Ade Hasnoor memberi kepercayaan untuk watak itu.
“Saya terkejut apabila diberikan watak jahat. Iyalah, selama ini saya tidak pernah melakonkan watak lain selain hanya menjadi lelaki dibuli sahaja.
“Jadi ini adalah peluang untuk membuktikan pada pengarah lain bahawa saya juga boleh berlakon pelbagai watak,” ujarnya.
Drama Balqis mengisahkan seorang gadis yang cemerlang dalam pelajarannya lari dari rumah dan bergaul dengan sekumpulan budak nakal bersama-sama dengan Soid dan Aishah.
Hanum ingin mengubah gaya hidup Balqis yang agak liar itu namun sebaliknya pula berlaku apabila
Drama yang turut dibintangi oleh ialah Chomel Fana, Eja, Arash Mohd, Omar Mokhtar, Amran Ismail, Zarina Zainuddin, Dottie dan Dian P.Ramlee itu bersiaran setiap hari Selasa pada pukul 1.30 tengah hari di TV2
No comments:
Post a Comment