Wednesday, July 3, 2013

Ahli Parlimen Kepala Batas Nafi Kahwini Mas Anizan

reezal-mas513Al kisah kes naya yang Ahli Parlimen Kepal Batas, Datuk Seri Reezal Merican kena tanggung. gara-gara…

tersebar laporan blog-blog hiburan dan politik kononnya beliau sudah berkahwin tiga dengan seorang bekas artis.

Artis yang digembar-gemburkan menjadi isteri terbaharunya itu ialah Mas Anizan, bekas isteri Allahyarham ahli perniagaan dari Pahang, Datuk Ali Bapoo.

“Laporan itu tak betul. Ia fitnah semata-mata. Saya masih bersama isteri pertama saya (Ismalina Ismail) dan isteri kedua (Sharifah Noorhaslinda). Kedua-dua perkahwinan saya itu menerusi “direct negotiation bukan menerusi tender, tau” katanya dalam nada berseloroh.

“Saya ada dua dapur, dua rumah dan anak tujuh. Ada orang mempunyai satu rumah tetapi banyak restoran,” tambahnya cara berjenaka lagi.

Reezal berkata demikian ketika ditemui wartawan Agendadaily di lounge kenamaan parlimen pagi Selasa.

Menurut Reezal, beberapa blog telahpun menarik balik laporan itu apabila menyedari bahawa ia tidak benar. Beliau juga berharap blog-blog lain yang masih belum berbuat demikian supaya melakukan perkara yang sama.

“Saya nak saman pun banyak sangat. Tetapi saya ingin tahu siapa yang memulakannya

Sumber,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive