Friday, July 19, 2013

Video : Elfira Loy Bonceng Zain Naik Motor Di Keek

Dua hari lepas, Elfira Loy telah memuat naik sebuah video menerusi laman akaun Keek-nya, di mana menerusi video tersebut pelakon drama Demi Dia ini diminta untuk membonceng Zain Saidin menaiki motor yang ditungang olehnya
.Apa yang menarik mengenai video ini adalah, Zain telah melahirkan rasa takut kerana dia terpaksa membonceng motorsikal yang ditunggang oleh Elfira, sedangkan pelakon genit itu langsung tidak pandai membawa motor tersebut.
Saya sebenarnya takut sebab nyawa saya mungkin melayang. Saya akan naik motor dengan Elfira Loy yang tak reti bawa motor.
Dalam pada itu, ketika diminta untuk meninggalkan pesanan buat kekasih hati, pelakon lelaki ini telah meminta agar Che Ta terus menyanyangi dirinya meskipun kakinya patah.
Sayang, kalau I patah kaki, love me still OK.


Telatah Zain dan Elfira bagaimanapun berjaya mencuit hati peminat dan ramai antara mereka memuji sikap comel serta kelakar yang terdapat pada kedua-dua pelakon itu.


Bagaimanapun, untuk semua peminat Elfira dan Zain, jom layan video Keek mereka selepas ini. Semoga terhibur!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive