Friday, July 5, 2013

SHAKIRA CETUS KONTROVERSI DI IRAN

Shakira-565x230Iran – Penyanyi lagu `Whenever, wherever Shakira teleh mencetuskan kontroversi minggu ini sehingga menyebabkan sebuah stesyen televisyen di Iran dikritik hebat

oleh penduduk di negara berkenaan.

Semuanya gara-gara rangkaian televisyen berkenaan menyiarkan sepintas lalu aksi Shakira yang turut menyaksikan pertandingan bola sepak Piala Konfederasi antara Itali dan Sepanyol di Brazil, minggu lalu.

Shakira yang berada di kalangan penonton memakai pakaian tidak berlengan.

Keadaan ini menyebabkan stesyen televisyen itu dikecam hebat terutama oleh golongan ulama.

Ketika kamera diarahkan kepada Shakira, penyanyi itu sedang memberikan sokongan kepada suaminya, Gerard Piqué yang terlibat dalam perlawanan berkenaan.

Sebaik sahaja ia disiarkan, peminatnya telah memuat naik gambar Shakira dalam twitter dengan mesej “Tukar ke siaran 3, mereka menayangkan Shakira.

Sementara bagi yang mengecam pula, telah menulis dalam twitter “Malam semalam mereka menayangkan Shakira, malam ini mereka akan tunjukkan pula Jennifer (Lopez)’.

Wanita di Iran dilarang menyaksikan perlawanan bola sepak dengan lelaki di stadium dan negara itu juga melaksanakan tapisan yang ketat ke atas semua rancangan luar.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive