Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Tuesday, July 9, 2013

Raja Ema Tegangkan Kulit Muka Demi ‘Comeback’

Raja-Ema1-565x376Demi membuat semula comeback di dalam industri muzik tahan air, yang pernah popular dengan lagu Jejaka Idaman serta Angan-Angan akui

menjalani rawatan thread lift untuk menegangkan kulit mukanya.

Raja Ema yang kini sudah kembali soko berkata demikian ditemui ketika sesi temubual bersamanya di pejabat Warner Music Malaysia itu bercerita mengenai rahsia dia kekal muda dan jelita selepas menjalani rawatan kosmetik ‘thread lift’.

Sejujurnya bila dah memasuki peringkat umur macam saya ini, kulit-kulit memang dah tidak tegang macam zaman muda-muda dahulu. Bila nak buat comeback, pada saya rawatan yang saya jalani itu sesuai kerana ia bukan mengubah bentuk muka saya.

“Ia merupakan sebuah rawatan penegangan kulit yang dipanggil thread lift. Tiada sebarang pembedahan cuma ianya adalah prosedur yang normal dan tiada sebarang penggunaan botoks dan sebagainya.

“Bila saya mengetahui mengenai rawatan ini dan melihat kepada proses serta cara pembuatannya, saya yakin. Lagipun ia tidak mengubah mana-mana bentuk muka saya, cuma sekadar menegangkan kulit muka,”ceritanya apabila ditanyakan rahsia masih kekal muda pada usia 45 tahun.

Ibu kepada dua orang anak ini pada mulanya enggan menceritakan mengenai kisah peribadinya yang terus menjadi rahsia selepas dia pun menyepi daripada industri. Namun begitu, Raja Ema akhirnya berkongsi mengenai status dirinya kini yang kembali solo setelah beberapa kali diasak soalan mengenai status sebenarnya kini.

“Memang sekarang ini saya solo. Perkahwinan sebelum ini memang telah berakhir tetapi cukup sekadar itu sahaja yang boleh saya kongsi. Bila dan mengapa biarlah perkara itu saya sahaja yang tahu. Kini saya mahu tumpukan fokus pada bidang seni.

“Anak-anak pun cakap pada saya bahawa mereka melihat saya semakin gembira apabila dapat kembali semula dalam bidang lakonan dan nyanyian. Mungkin sebelum ini saya tiada sebarang aktiviti seni jadi mereka tidak melihat saya seperti sekarang.

“Mereka pun dah besar, kalau dahulu mungkin saya sibuk besarkan mereka dan kini mereka pun ada kehidupan sendiri. Jadi tiada sebarang bantahan bila saya mahu kembali ke dunia seni ini,”tambah Raja Ema ketika menjawab statusnya kini serta penerimaan keluarga terhadap comebacknya itu.

Mempertaruhkan single terbaru, Warnai Hatiku feat RJ, ikon pop remaja pada era 80an pujaan ramai ini mula membuat comeback semenjak dia ditampilkan di kulit muka hadapan majalah Nona pada pertengahan 2012.

Bukan sahaja menyanyi, anak kepada Allahyarhamah Seniwati Yusni Jaafar ini juga kini sibuk dengan tawaran berlakon yang semakin bertambah semenjak dia ditampilkan di kulit muka hadapan majalah Nona pada pertengahan 2012. Bertitik tolak daripada kemunculannya menghiasi majalah Nona itu membuatkan dia terus yakin untuk kembali ke dunia hiburan.

Mengenai single baru Warnai Hatiku, ianya telah dimuatkan di dalam album kompilasinya. Masih mengekalkan gaya muzik di zaman lagu Jejaka Idaman, Raja Ema yakin pertaruhannya itu dapat menambat hati peminatnya yang juga pendorong Raja Ema kembali mewarnai persada dunia seni di negara ini.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive