Colorado – Rancangan pagi di sebuah stesen radio, KS107.5 berjalan seperti biasa sebelum ia tiba-tiba menjadi kecoh dan kelam-kabut.
Semuanya kerana salah seorang penyampainya, Kathie J hampir bersalin dan air ketubannya juga pecah ketika dia berada di dalam konti.
Ketika itu, seorang lagi penyampainya, Kendall B sedang melaporkan satu topik baru.
“Oh Tuhan, Ia amat…adakah awak kencing? Kata Kendall yang keliru dan panik dengan keadaan yang menimpa Kathie.
Kendall kemudiannya menjerit `kod merah’ menyebabkan siren dibunyikan.
Kathie menjelaskan bahawa air ketubannya telah pecah dan dengan panik bertanya kepada rakannya itu apa yang perlu dilakukannya.
“Hubungi suami awak’’ demikian jawab Kendall.
Kathie dikejarkan ke hospital dan stesen radio tersebut kemudiannya menghubungi Kathie untuk mengetahui keadaannya.
“Saya dalam bilik dan menanti kelahiran Baby J’’ katanya kepada penyampai rancangan petang pula.
Kathie melahirkan seorang bayi perempuan pada malam Rabu.
Dalam pada itu, dalam satu temubual dengan stesen radio itu, Kathie berkata, kejadian yang dialami dalam konti itu amat mengejutkan kerana tarikh kelahirannya adalah minggu ini.
“Saya terus bekerja dan bekerja, kemudian ia berlaku,’’ katanya.
Dia akan mengambil cuti selama beberapa hari sebelum kembali semula ke konti untuk mengacarakan rancangan pagi yang disiarkan pada pukul 5 pagi hingga 10 pagi.
Rancangan itu mendapat rating yang tinggi dengan anggaran 518,000 pendengar sehari.
No comments:
Post a Comment