Tuesday, July 9, 2013

Pelakon Tasha Shilla sudah berkahwin secara rahsia

Tasha Shilla seksiPernah digosipkan bercinta dengan pemain Harimau Muda,

Mahali Jasuli dan ahli perniagaan, Datuk J sebelum ini, kini timbul pula gosip liar terbaru yang mendakwa Tasha Shilla sudah berkahwin dengan seorang jejaka kacak secara rahsia.

Identiti lelaki yang menyebarkan fitnah itu tidak diketahui namun admin mengandaikan individu berkenaan mungkin sangat kemaruk dengan kecomelan dan kecantikan Tasha Shilla.

Menerusi sebuah portal hiburan, pelakon drama Ramadan Terakhir ini melahirkan rasa terkejutnya dengan penyebaran gosip liar berkenaan. Menurut Tasha, dia tidak tahu bagaimana cerita itu timbul dan siapa yang menyebarkannya.

"Kahwin? Dengan siapa pula saya berkahwin ni? Bila majlis itu? Inilah gosip pertama saya mengenai perkahwinan. Saya sendiri tak tahu siapa yang menyebarkan berita ini dan apa motif sebenarnya. Kalau betul saya kahwin, kenapa saya merahsiakan perkara ini? Bukankah ia perkara baik yang perlu dikongsi bersama. Lagi satu, siapakah gerangan lelaki itu? Saya pun nak tahu."

"Buat masa ini, saya malas nak fikir soal cinta ataupun pasangan hidup. Keutamaan saya adalah untuk bekerja dan cari duit. Saya lebih selesa untuk fokus dalam kerjaya yang menjadi punca pendapatan. Walaupun saya kurang menyerlah, namun rezeki dalam industri masih ada. Bukan apa, kalau terlalu mendapat publisiti mengenai soal peribadi juga tidak elok. lebih baik orang bercerita pasal saya mengenai hasil kerja.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive