Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, July 17, 2013

Panas! Ashraf Muslim Mengaku Nikah Kali Kedua Ahad Lalu

ashraf muslim nikahMahkamah Tinggi Syariah pada Rabu diberitahu pelakon dan pengamal perubatan Islam, Mohd. Ashraf Muslim, 32, sudah bernikah kali kedua dengan wanita yang digosipkan dengannya iaitu

Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada Ahad lalu.

Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab membenarkan Ashraf menarik balik permohonannya untuk berpoligami yang difailkan pada pagi Rabu selepas dia mengaku telah bernikah dengan wanita tersebut.

Pengesahan itu membuktikan khabar angin mengenai hubungan Ashraf dengan individu tersebut adalah benar walaupun pelakon itu pernah menafikan hubungan mereka sebelum ini.

Ashraf turut memiliki isteri pertama iaitu Noor Dayana Lokman, 26, yang juga anak kepada pengasas Pusat Perubatan Islam Al Hidayah di Setiawangsa

Mereka bernikah di Mekah pada 30 Ogos 2011 dan tidak memiliki zuriat.

Berikutan pengakuan Ashraf itu, mahkamah memerintahkannya membayar kos mahkamah sebanyak RM8,000 kepada Noor Dayana.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive