Wednesday, July 17, 2013

pakai legging, pelakon Kilafairy dkritik peminat


sekeping gambar dirinya hanya memakai pant legging di Instagram miliknya. Benarkah dakwaan ini? Gambar berkenaan dikatakan mendapat banyak respon negatif dari peminat yang rata-rata mengutuk tindakan Kilafairy kerana tidak menghormati bulan Ramadan.

Di sebalik kritikan teruk yang dilemparkan kepada pelakon seksi ini, terdapat juga peminat beliau yang menyokong tindakannya. Mereka menasihatkan agar mana-mana rakan peminat di Instagram yang tidak senang dengan gambar berkenaan berdiam diri dan tidak mencampuri urusan peribadi Kilafairy.



Sejak wujudnya laman sosial Instagram, kebanyakkan artis menjadi sasaran kritikan peminat yang terlalu berfikiran negatif. Mereka dengan sesuka hati melemparkan kritikan dan tomahan kepada artis tempatan tanpa usul periksa. Rasanya, bukan hanya Kilafairy yang dikritik teruk peminat malah kebanyakan artis lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Nora Danish, Nabila Huda, Neelofa dan lain-lain.

Apapun, terpulanglah kepada Kilafairy untuk menilai kritikan itu samada diambil secara positif atau tidak. Bagi admin, adalah lebih baik jika Kilafairy menjelaskan perkara sebenar di sebalik gambar itu kepada peminat di luar sana agar mereka dapat mengetahu situasi sebenar ketika gambar kurang senonoh itu diambil.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive