Saya dapat tahu Qi buat kenyataan kepada pihak media dengan sendiri.
Dia tak beritahu saya pun tentang ini. Bagaimanapun, saya tidak marah dengan dia. Sebaliknya, saya rasa dihargai dan gembira. Memanglah, kalau boleh saya tidak mahu kisah kami berdua digembar-gemburkan, tetapi Qi sudah pun buat pengakuan,” ujar Nelydia Senrose apabila diminta mengulas lanjut tentang pengakuan Qi Razali tentang hubungan cinta mereka.
Jelas Nelydia lagi, biarpun Qi bersikap lebih terbuka tentang hubungan mereka, namun dia tetap dengan pendirian tidak mahu terlalu bercerita tentang kisah-kisah peribadi.
“Biarlah pihak lelaki sahaja yang membuka mulut. Saya hanya boleh katakan perhubungan kami kini dalam fasa yang baru. Sebelum ini kami hanya rapat sebagai kawan. Saya dan Qi belum ada kepastian kerana jodoh pertemuan ini ditentukan oleh Allah, jadi tak perlulah hendak gembar-gemburkan sangat perkara ini,” ujar Nelydia berterus-terang.
Dalam masa yang sama, Nelydia menafikan dia fobia dengan kisah percintaan Qi sebelum ini sehingga membuatkan dia mengambil pendekatan mendiamkan diri.
“Saya sebenarnya tidak suka dikaitkan dengan percintaan Qi sebelum ini. Apa yang berlaku di antara Qi dan Yuna sebelum ini tidak ada kena-mengena dengan saya. Saya tidak mahu ulas lanjut tentang perhubungan kami kerana saya memang seorang yang tidak suka hendak kecoh-kecoh tentang hal-hal peribadi. Saya lebih suka bercakap tentang kerjaya. Seandainya saya dengan orang lain pun, saya juga tidak akan bercerita secara terbuka,” ujar Nelydia lagi.
Sementara itu, Nelydia turut diminta mengulas tentang perancangan Qi yang tidak mahu menjalinkan percintaan terlalu lama dan sudah bersedia mendirikan rumahtangga. Adakah Nelydia bersedia untuk berkahwin di usia yang muda?
“Qi memang ada berbincang dengan saya tentang perkahwinan. Saya faham dengan situasi Qi kerana dia bukannya muda lagi. Dengan usianya sekarang ini (35 tahun), memanglah dia sudah berfikir tentang kahwin. Saya baru berusia 19 tahun dan masih belum menamatkan pelajaran. Kalau sudah tertulis saya akan berkahwin awal, saya akan kahwin awal. Saya serahkan semuanya kepada Allah. Kalau memang saya ditakdirkan menjadi isteri dia, saya pasti akan berkahwin dengan dia juga,” luah Nelydia.
No comments:
Post a Comment