Thursday, July 11, 2013

Nabila Puasa Di New Zealand, Raya Di Itali

Nabila-Puasa-Di-New-Zealand-Raya-Di-ItaliREZEKI pelakon Nabila Huda nampaknya semakin mencurah-curah selepas

dirinya dinobatkan sebagai Pelakon Drama Wanita Popular menerusi majlis Anugerah Bintang Popular 2012.

Berilah apa sahaja watak, pasti mampu direalisasikan oleh pelakon berbakat itu.

Selepas tamat drama bersiri Teduhan Kasih, Nabila kembali sibuk dengan penggambaran drama Jodoh Itu Milik Kita yang kini sedang menjalani penggambaran di Auckland di New Zealand.

Selain aktres tersebut, pelakon lain yang terlibat ialah Zain Saidin dan juga Syazwan Zulkifly.

“Bulan Ramadan ni saya tetap sibuk dengan shooting. Saya jalani penggambaran di New Zealand. Selama lebih kurang 14 hari saya akan berada di sana. Jadi ni juga kira pertama kali saya berpuasa di luar negara. Tapi kalau outstation memang dah biasa.

“Mujur anak saya juga dah biasa kena tinggal bila saya shooting luar KL dalam jangka masa agak lama. Dia tak kisah sangat. Tapi sedih juga bila selalu saya tinggalkan dia.

Tunggulah dia dah besar sikit, baru saya berani nak bawa dia ikut saya outstation. Kalau sekarang saya takut dia mudah penat dan tak selesa”, ujar yang dipetik menerusi Malaysian Digest.

Bercakap mengenai persiapan raya tahun ini, pelakon ini lebih mengutamakan kelengkapan anaknya, Keisha Laila, 3, dan dirinya tidak kisah mengenakan pakaian raya tahun lepas yang masih belum sempat digunakan.

Anak kepada rockers Amy Search ini juga tidak dapat bercuti lama bagi perayaan Aidilfitri berikutan perlu terbang ke Itali pada hari raya kelima kerana terlibat dengan satu lagi penggambaran drama bersiri berjudul Sangkar.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive