Wednesday, July 17, 2013

Kes Saiful Apek Tangguh 3 September

Saiful-Apek-565x325Petaling Jaya: Pihak pendakwaan yang mengendalikan prosiding bela diri kes dadah membabitkan pelakon dan pelawak Saiful Apek serta tiga rakannya

memohon Mahkamah Majistret, di sini, semalam menangguhkan perbicaraan kes itu berikutan ingin memeriksa dokumen kenyataan beramaran keempat-empat tertuduh.

Permohonan itu dibuat Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ishrakh Saad yang mungkin mencabar kebolehpercayaan keterangan tertuduh kedua, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 30, tertuduh ketiga Saiful Apek, 44, dan Noremy Mohamad, 30, selaku tertuduh keempat.

Bagaimanapun, pembelaan saksi pertama, pekerja syarikat Gitu-Gitu Production milik Saiful Apek, Shaiful Baharom, 26, yang selesai memberi keterangan semalam tidak dicabar.

Hakim Solihin Abd Wahid membenarkan kes disambung semula untuk perbicaraan pada 3 dan 4 September depan.

Terdahulu, pada prosiding pagi, Shaiful Baharom memberitahu mahkamah tiada ujian dibuat ke atas botol spesimen air kencingnya ketika ditahan di Balai Polis Puchong pada 12 Jun 2010.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive