Selama setahun mereka menyulam cinta, walaupun bukanlah satu jangka masa lama, namun
banyak kenangan manis mahupun pahit yang telah lalui bersama. Biarpun kini cinta pelakon Hanez Suraya bersama penyanyi kelahiran Singapura, Awi Rafael sudah tinggal sejarah. Namun jauh disudut hati, aktres ini mengakui masih sayang pada jejaka yang pernah bertakhta ni hatinya itu.
Bertemu dengan teraju utama drama Autumn di Hatiku ini di majlis pelancaran drama tersebut bertempat di Laundary, The Curve, Hanez berkata selepas kembali solo sejak sebulan lalu, masanya banyak dihabiskan pada kerja. Malah gadis kelahiran ibu kota Kuala Lumpur ini belum terbuka hati untu mana-mana lelaki buat masa ini.
“Alhamdulillah, tak banyak beza sangat. Hanez sekarang lebih sibuk dengan lepas satu, satu penggambaran. Dulu pun sebenarnya sibuk juga, cuma sekarang dah takde lagi peneman, dah tak ada orang call.
Hanez memang masih sayangkan Awi. Mungkin sebab dulu kami terlalu rapat. Tak dinafi, mula-mula tu memang la kecewa tapi disebabkan hubungan kami dah lama dingin, dan baru-baru ni jer sampai ke pengetahuan umum, jadi Hanez lebih tenang dan dah boleh terima semua ni”, tuturnya.Menurut Hanez, sebelum membuat keputusan berpisah, kedua-duanya cuba menyelamatkan cinta yang dibina namun takdir menentukan yang hubungan mereka hanya setakat di situ saja. Tidak menyalahkan sesiapa malah Hanez menyangkal dakwaan perpisahan tersebut berpunca gara-gara orang ketiga.“Kami memang dah lama berenggang. Kami berpisah pun bukan kerana orang ketiga. Saya tak tahu dari mana datangnya cerita blog-blog yang mengatakan kami berpisah kerana orang ketiga. Hubungan ni tak menjadi disebabkan masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing.
“Ada juga peminat yang datang pada Hanez dan beritahu mereka sedih dengan apa yang berlaku antara kami. Tapi nak buat macam mana kan… Sekarang ni yang penting, fokus saya hanya pada kerja. Buat masa ini tidak terlintas untuk Hanez terima cinta baru ker ataupun kembali semula pada Awi. Tapi jodoh dan apa yang akan jadi pada masa akan datang, kita tak tahu, kan. Hanez masih baik dengan keluarga Awi. Cuma Hanez dan Awi, sekarang kami membawa hati masing-masing”, katanya.
Hati Terpaut Pada Autumn
“Masa pertama kali jumpa JS, Hanez ingatkan dia orang Cina. Berfikir juga macam mana nak berkomunikasi dengan dia. Tapi alih-alih dia cakap bahasa Melayu. Dan sejak shooting, kami semua para pelakon memang rapat dengan dia. Dia cepat hafal skrip. Dia juga banyak bertanya kalau ada perkara yang dia tak faham”, katanya yang turut menegaskan tiada apa-apa hubungan istimewa dengan jejaka tinggi lampai itu.
Autumn di Hatiku mengisahkan Nina (Hanez) yang sangat obses dengan drama-drama Korea dan meminati muzik K-Pop sehinggakan dia hidup dalam dunia K-Popnya sendiri. Begitu juga dengan kawan baiknya, Jaja.
Satu hari muncul seorang pelanggan, Park Au Tum @ Autumn (JS) di tempat mereka bekerja dan Nina mula jatuh hati pada jejaka itu. Pelbagai cara yang digunakan Nina untuk mengoda Autumn. Berjayakah Nina menemui cinta menambat hati Auntumn? Turut dijayakan oleh Aiman Hakim, Ezzaty Abdullah dan Anas Ridzuan, jangan lupa saksikan Autumn di Hatiku di laman Tonton.
No comments:
Post a Comment