Hanya sekilas pandang gambar pelakon Atikah Suhaime, pasti akan terpegun dan terpesona dengan
kecantikan wajahnya yang amat menakjubkan. Samada memakai make-up atau tidak, Atikah tetap kelihatan menawan. Inilah yang dikatakan sebagai kecantikan sejati, asli dan semulajadi. Tak macam wanita korea yang kebanyakkannya melakukan pembedahan plastik.Bercerita tentang identiti pelakon ini, Atikah Suhaime, 22, berasal dari Singapore yang seperti beberapa artis lain turut mendapat peluang untuk mengembangkan kerjaya seni di Malaysia. Lengkap dengan pakej rupa paras cantik dan bentuk badan yang slim, tidak hairan jika Atikah dengan mudah berjaya memikat hati si pengarah dan penerbit filem dan drama untuk memberinya peluang berlakon.
Sehingga kini, anak kedua dari tiga beradik ini telah membintangi beberapa drama siri, telemovie dan filem seperti drama siri Rawan & Rubi, telemovie Doa Ibu & Kampung Mangkuk Sengkuang, dan filem Lagenda Budak Hostel & Longkai.
Sebelum datang ke Malaysia, Atikah pernah bekerja sebagai eksekutif pengiklanan di sebuah syarikat korporat di Singapura selain pernah membintangi drama siri Dikir Puteri dan Delicatessen.
Di sini, ada beberapa keping gambar cantik Atikah Suhaime yang amat memikat hati
No comments:
Post a Comment