Friday, July 19, 2013

Black Kahwin September, Bakal Adakan Sidang Media

Black1Penyanyi lagu berhantu Teman Pengganti, Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md. Hanafiah, 26, mendedahkan akan berkahwin dengan

tunangnya, Cira Khairi pada bulan September nanti.

Namun, Black masih tidak dapat mendedahkan butiran lanjut mengenai majlisnya itu berikutan pihak pengurusannya, Monkey Bone akan mengadakan satu sidang media khas untuk mengumumkan tentang perkara tersebut.

“Saya tak boleh beritahu lebih lanjut. Tunggu PC nanti yang akan diadakan oleh Media Prima,” kata Black memetik laporan Malaysian Digest.

Black dan Cira telah bertunang tanpa pengetahuan dari mana-mana pihak media pada Januari lalu sehingga akhirnya pertunangannya itu terbongkar sebulan selepas itu namun pada ketika itu Black masih belum bersedia mendedahkan identiti tunangnya kepada umum.

Apa-apa pun semoga segala perancangan yang telah ditetapkan bakal berjalan lancar dan diharapkan hubungan keduanya akan kekal sehingga ke akhir hayat.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive