Thursday, July 18, 2013

Aktor Izzue Islam Pula Berbini Dua?

2013-07-18_130113Aktor dan penyanyi, Izzue Islam baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan Awin Nurin yang juga merangkap pengurusnya pada awal bulan lalu dan kini dia

sudah terpaksa menempuhi pengalaman berpoligami apabila bakal beristeri dua.
Namun semua itu bukan di alam realiti sebaliknya, ianya hanyalah watak yang akan dijayakan Izzue sendiri dalam pementasan teater Maduku...Kalut.
Itulah hasil karya terbaru Muhammad Azhar Zainal yang sebelum ini pernah menghasilkan pementasan 'Muzikal Uda & Dara', 'Cuci The Musical 1&2', 'Upin & Ipin The Musical', 'Juta-Juta' dan banyak lagi.

Maduku...Kalut merupakan teater komedi yang berlatar belakangkan era moden ini mengisahkan tentang kehidupan seorang pemandu teksi, Selamat Bin Johan (Izzue Islam) yang terpaksa memberikan komitmen terhadap kerjaya yang tidak menentu serta kehidupan berumahtangga bersama dua orang isteri iaitu Bibi (Jihan Muse) isteri pertama yang tinggal di Kampung Baru dan Bibi (Nad Zainal) isteri kedua yang tinggal di Keramat.
Masing-masing tidak mengetahui bahawa mereka telah dimadukan dan Selamat harus pandai membahagikan masa tertentu untuk bersama isteri-isterinya. Selamat secara tidak langsung telah terlibat dalam satu insiden yang mengalutkan keaadannya sehingga terpaksa meminta bantuan Adam(Karl Shafek), seorang pemuda, yang juga jirannya untuk bersemuka dengan pihak polis, wartawan dan kedua-dua isterinya.
Disinilah bermulanya segala kekalutan dan kekusutan dalam hidup Selamat. Pementasan ini telah diadaptasi berdasarkan skrip 'Run For Your Wife' karya Roy Cooney.
Teater berdurasi selama 1 jam 30 minit ini akan berlangsung pada 27 hingga 29 September 2013 ini bertempat di Lambang Sari, Istana Budaya, jam 8.30 malam. Ianya akan turut dijayakan Karl Shafek, Sofian Bujang, Fazleena Hishamuddin dan Nasz Sally

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive