Monday, July 8, 2013

AC Mizal & Hanis Zalikha Bakal Pengacara AF 2013?

AC-Mizal-dan-Hanis-ZalikhaKita jadi keliru apabila ada teman produksi yang terbabit dalam rancangan realiti pencarian bakat popular Akademi Fantasia 2013 memberitahu yang untuk musim ini

Hanis Zalikha dan Datuk AC Mizal dipilih menjadi pengacara.

Kita keliru sebab sebelum ini sudah dinyatakan Zizan Razak akan mengendalikan rancangan yang ditunggu-tunggu itu. Malah sumber rapat kepada rancangan musim terbaru ini turut mengesahkannya.

Jelas teman itu kepada kita, memang Zizan akan mengendalikan Akademi Fantasia 2013, tetapi ia hanya membabitkan konsert mingguan.

Untuk penerbitan musim baru ini rupanya banyak lagi perancangan program selari akan dilaksanakan dan ia tidak terhad kepada Diari Akademi Fantasia saja. Malah setiap hari ada beberapa program lain tetapi berkaitan dengan program realiti itu akan dilaksanakan.

Jadi Hanis dan AC akan mengendalikan dua program berkaitan dengan Akademi Fantasia 2013 dan memandangkan ia akan ditayangkan setiap hari sehingga konsert mingguan, ada dua tiga lagi program turut dihasilkan dan dikendalikan pengacara berbeza.

Sampai begitu sekali? Maknanya penonton setia Astro Ria akan melekat depan TV sepanjang Akademi Fantasia 2013 disiarkan nanti. Sebabnya, banyak program berkaitan turut dibuat.

Kita pasti bajet dikeluarkan untuk menghasilkan keseluruhan program ini juga agak besar. Nampaknya pihak produksi berhabis juga bagi memastikan kegemilangan rancangan realiti itu dapat dikembalikan.

Apapun, usaha yang mahu dilaksanakan produksi rancangan realiti popular ini, pesan kita hanya satu. Biarlah peserta dipilih itu nanti benar-benar mempunyai bakat dan memiliki ‘faktor X’ agar mampu muncul sebagai penghibur disegani. Sebab kalau setakat nak jual gimik dan kejutan, rasanya sudah tidak boleh jalan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive