Saturday, July 20, 2013

Abby Abadi dan Farhan sah berkahwin

Pelakon Abby Abadi dan Farhan sah berkahwinGosip yang mengatakan pemuda bernama Farhan ialah kekasih baru pelakon Abby Abadi baru-baru ini ternyata benar

apabila bekas isteri kepada Norman Hakim itu membuat pengakuan menerusi laman Instagram.
Abby Abadi yang kini sedang menyulam bahagia dengan Farhan sebenarnya sudah berkahwin minggu lepas secara senyap-senyap. Pengakuan ini dibuat Abby menerusi caption yang disertakan pada sekeping gambar yang dimuatnaiknya di laman Instagram miliknya.
Dipendekkan cerita, Sebenarnya sudah 12hari dia sah menjadi suami Sy. Maaf sbb maklumkan lambat pd kalian…. ALLAH kami dulukan. Insyallah, majlisnya dlm bulan Raya nnti. Lokasi belum pasti. Doakan Ini jodoh… krn kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru 2mggu kenal, ALLAH tunjukkan jalan ke sini… Syukur!!
Walaupun berita gembira ini amat mengejutkan tetapi admin tetap ingin mengucapkan tahniah kepada Abby Abadi dan Farhan kerana sah bergelar suami isteri. Semoga hubungan mereka berdua ini akan kekal hingga ke akhir hayat atau hingga hujung nyawa.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive