Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Monday, September 24, 2012

Shahidan, Karim tumbang

su_01.1

KUALA LUMPUR -

Politik dan drama menyelubungi pemilihan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOM) semalam dengan kemuncak pertandingan, Datuk Seri Shahidan Kassim kalah kepada pencabarnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam perebutan jawatan Presiden…..

Pada masa yang sama, Datuk Karim Ibrahim gagal mempertahankan kedudukan Timbalan Presiden selepas tewas kepada pencabarnya, Datuk Wan Hisyam Wan Salleh.

Pucuk pimpinan badan olahraga penuh kontroversi itu kini dipegang dua muka baru manakala empat Naib Presiden pula menampilkan dua penyandang jawatan, Datuk Annamalai Ramasamy (25 undi) dan Datuk Mumtaz Jaafar (24), selain orang lama, K. Yogeswaran (32) serta muka baru, Datuk Paiman Abdul Karim dari Sabah 28 undi.

Dalam pemilihan yang cukup mencuri tumpuan itu, Shahidan hanya tewas dua undi kepada Zainal.

Bekas Menteri Besar Perlis yang telah memegang jawatan Presiden KOM selama dua penggal itu menerima 21 undi, berbanding 23 yang memihak lawannya.

Wan Hisyam pula meraih kelebihan enam undi ke atas Karim.

Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Kapal Layar Malaysia (MYA) menerima 25 undi dan Karim, 19.

Sejurus keputusan diumumkan Shahidan terus meninggalkan Dewan Komanwel, Bukit Jalil walaupun penyerahan kuasa kepada Presiden baru belum dibuat.

Tindakan Shahidan menimbulkan rasa tidak senang Zainal.

Begitupun ketika Zainal, yang pernah menjadi Naib Presiden KOM, 10 tahun lalu mempersoalkan tindakan Shahidan, beliau sebaliknya enggan mengadakan sidang akhbar sejurus tamat mesyuarat, sedangkan ia merupakan satu amalan biasa setiap kali persidangan berakhir.

Selepas diekori sekumpulan pemberita dan didesak beberapa kali, beliau akhirnya memberhentikan langkah, sebelum mengakui sudah menjangkakan kemenangan.

Ditanya mengapa beliau begitu yakin, jawabnya: "Saya sudah jangka saya mampu menang dan sebab apa saya yakin akan menang, itu anda kena tanya ahli majlis."

Keyakinan Zainal juga boleh dilihat dengan jelas ketika beliau tampil berucap.

Presiden Persatuan Olahraga Amatur Negeri Sembilan (POANS) itu mengeluarkan kertas ucapan yang telah disediakan dengan begitu sempurna.

Antara kandungan ucapannya yang cukup bermotivasi: "Kita kena kenal pasti jurulatih dan atlet serta menghargai mereka. Kita memerlukan jurulatih dan atlet sepenuh masa kerana kita mahu jurulatih sentiasa ada bersama atlet. Kita tidak mahu mereka (jurulatih) hanya berada di situ kerana wang.

"Kita juga memerlukan pegawai yang tahu bagaimana hendak mengendalikan kejohanan, negeri-negeri perlu menunjukkan prestasi dan mereka kena menganjurkan kejohanan di peringkat negeri... Itu KPI (Indeks Petunjuk Prestasi ) yang diberi kepada pegawai.

Sebelum pemilihan dijalankan delegasi AGM terpaksa mengundi menentukan sama ada mesyuarat perlu diteruskan atau ditangguh ke hari yang lain ekoran ada bantahan yang diterima sebelum itu.

Sehari sebelum pemilihan, calon Presiden, Datuk Danyal Balagopal menegaskan bahawa AGM 2012 tidak sah kerana melanggar perlembagaan. Danyal tidak bertanding pada pemilihan semalam.

Sementara itu, Wan Hisyam berkata, barisan baru dalam kepimpinan KOM mungkin memberi isyarat lebih banyak perubahan akan berlaku dalam olahraga negara.

Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive