Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Wednesday, September 19, 2012

Real Madrid benam City, raih tiga mata

image (5)

JUARA sembilan kali, Real Madrid

mula mempamerkan kehebatan sebenar apabila gah menundukkan Manchester City 3-2 dalam perlawanan sulung Kumpulan D Liga Juara-Juara di Stadium Bernabeu, awal pagi ini (waktu Malaysia)…..

Dengan kemenangan ini, Real Madrid meraih tiga mata untuk membuktikan mereka masih pasukan terhebat meskipun mempamerkan prestasi menurun baru-baru ini.
Dalam perlawanan tersebut, pasukan pelawat terlebih dahulu berada di hadapan apabila hantaran menarik Yaya Toure berjaya disudahkan oleh penyerang sensasi Manchester City, Edin Dzeko pada minit ke-69.
Namun kegembiraan juara Liga Perdana Inggeris musim lepas itu tidak kekal lama apabila Marcelo meloloskan diri daripada kawalan pertahanan pasukan pelawat untuk menyamakan kedudukan lima minit kemudian.
Aleksandar Serbia kembali meletakan pasukan pelawat di depan setelah menjaringkan gol pada minit ke-85.
Real Madrid yang tersentak dengan jaringan tersebut mula agresif memuji penjaga gol lawan untuk mencari gol penyamaan, akhirnya berjaya setelah kealpaan pertahanan City mengundang padah apabila Karim Benzema menyumbat gol pada minit ke-87.
Seakan tidak cukup dengan jaringan itu, penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo melengkapkan pesta gol Real Madrid menerusi jaringan pada enam minit sebelum perlawanan berakhir menjadikan kedudukan 3-1.
Sementara itu, aksi di Stadium Stade de la Mosson, Arsenal nyata beraksi cemerlang apabila mencatat kemenangan sulung setelah menewaskan Montpellier 2-1.
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu mendahului  di depan apabila Younès Belhanda menjaringkan gol seawal sembilan minit perlawanan sebelum Lukas Podolski kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-16.
Yao Gervinho menjadi wira Arsenal apabila menutup tirai perlawanan dengan menjaringkan gol kemenangan 2-1 pada minit ke-18 untuk meraih tiga mata penting.

Berikut keputusa Liga Juara-juara

Montpellier 1  2 Arsenal

Dinamo Zagrebb 0  2 Porto

PSG 4  1 Dynamo Kyiv

Olympiakos Piraeus 1  2 Schalke 04

Málaga 3  0 Zenit

Milan 0  0 Anderlecht

Borussia Dortmund 1  0 Ajax

Real Madrid 3  2 Manchester City

Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive