JASIN 10 Sept. -
Saksi yang merakam video pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengacu pistol ke arah orang awam hari ini tampil menyerahkan bukti rakaman video dan memberi keterangan kepada pihak polis....
Pemuda berusia 29 tahun yang hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin kira-kira pukul 6 petang untuk menyerahkan video berkenaan yang dimuatkan dalam peranti storan media (pendrive).
Dia yang enggan dikenali berkata, video itu dirakam sendiri menggunakan telefon bimbit ketika secara kebetulan berada di tempat kejadian.
"Video ini adalah asli dan saya rakamkan sendiri semasa berada di tempat kejadian Sabtu lepas. Saya serahkan bukti rakaman video berkaitan kejadian tersebut untuk membantu pihak polis membuat siasatan lebih terperinci," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan video tersebut di IPD Jasin,
Sumber : Utusan
No comments:
Post a Comment