Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Sunday, September 2, 2012

36 atlet daftar pelajar baharu UPM



SERDANG 
 Seramai 36 atlet kebangsaan mendaftar sebagai pelajar baharu program ijazah sarjana muda di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini semalam bagi sesi pengajian akademik 2012/2013....
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Datuk Dr. Mohd. Fauzi Ramlan berkata, mereka terdiri daripada skuad elit memanah, hoki, menembak dan pemain bola sepak pasukan Harimau Muda.
"Antaranya pemain hoki wanita, Nor Hidayah Ahmad Bokhari, 22, atlet memanah, Arif Farhan Ibrahim Putra, 21, dan dua atlet menembak, Noor Izzati Jasni, 20, Shahira Abdul Halim, 20.
"Selain itu, seramai 56 pelajar antarabangsa dari China, Amerika Syarikat, Iraq dan Palestin antara yang mendaftar pada sesi kali ini.
"Ini adalah salah satu usaha yang dilaksanakan bagi mengantarabangsakan taraf pendidikan universiti ini," katanya pada sidang akhbar selepas melawat pelajar baharu yang mendaftar di sini semalam.
Seramai 4,258 pelajar baharu akan mendaftar di UPM pada sesi kali ini dengan Fakulti Kejuruteraan menerima kemasukan paling ramai iaitu sebanyak 532 orang.
Sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive