Buat Duit Sambilan Dari Rumah

My Ping in TotalPing.com
Powered by Blogger.

Saturday, September 22, 2012

130 pasukan sertai Rentap Futsal Fiesta Bera

ne_11.1

BERA - Sebanyak 130 buah pasukan akan menyertai acara Rentap Futsal yang diadakan sempena Fiesta Bera 2012 di Tapak Ekspo Majlis Bera, Pahang bermula 5 sehingga 7 Oktober ini…..

Pengerusi acara Rentap Futsal itu, Nasir Yaacob berkata, dua pasukan juara kejohanan futsal terdahulu bagi tahun 2010 dan 2011 iaitu Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dari Selangor dan OT Team dari Temerloh, Pahang telah mengesahkan penyertaan mereka pada pertandingan kali ini.

"Antara pasukan lain yang turut mengesahkan penyertaan mereka ialah naib juara Rentap Futsal Fiesta Bera 2011 iaitu pasukan Durian Tawar FC dari Bera, Pahang.

"Penyertaan pasukan-pasukan ini pastinya akan menjanjikan saingan sengit kepada pasukan-pasukan lain untuk merampas kejuaraan pada tahun ini," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Nasir memberitahu, pemenang hadiah utama kejohanan itu bakal menerima habuan berupa wang tunai berjumlah RM7,000 dengan diikuti hadiah wang tunai RM3,500 untuk pemenang tempat kedua manakala RM2,000 bagi pemenang tempat ketiga.

Sementara itu, Pengerusi Penyelaras Acara Fiesta Bera, Ismail Shafie berkata, fiesta itu buat pertama kalinya akan memperkenalkan pertandingan bercorak keagamaan iaitu Imam Cilik@Bera yang dibuka penyertaannya kepada remaja berusia 12 tahun ke bawah dari seluruh negara.

"Semua peserta cilik ini akan diberikan masa lima minit untuk menunjukkan keunikan masing-masing melaungkan azan dan kebolehan menyampaikan tazkirah.

"Acara ini merupakan cetusan idea Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Ahli Parlimen Bera yang mahu melahirkan lebih ramai generasi muda yang celik agama,

Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive